Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Saya dengar, saya terlupa; saya lihat, saya ingat; saya melakukan, barulah saya faham

-- Confucius

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 26
Ahli: 0
Jumlah: 26




  Dari Galeri
assalammualaikum muslimat semua... Ini lah gambar saye...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu

Ya Allah ....lindungilah anak-anakku
 Posted on Selasa, 21 Oktober 2003 @ 13:19:49oleh Engku_Salina
Umum ummimq menulis Kita semua tidak dapat nafikan bahawa Islam sedang melalui satu ujian dimana akhlak remajanya yang semakin kronik. Generasi muda kita yang bakal menjadi pemimpin masa depan sedang mengalami kejutan budaya (culture-shocked & future-shocked) akibat melalui pendidikan yang tidak seimbang.

Bismillahir Rahmaa Nir Raheem

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah menemui anak-anak ummimq yang dikasihi kerana Allah SWT semoga semua berada di dalam dakapan rahmat-Nya. Ameen.
Kita semua tidak dapat nafikan bahawa Islam sedang melalui satu ujian dimana akhlak remajanya yang semakin kronik. Generasi muda kita yang bakal menjadi pemimpin masa depan sedang mengalami kejutan budaya (culture-shocked & future-shocked) akibat melalui pendidikan yang tidak seimbang mengakibatkan mereka keliru dan terumbang ambing bila bergaul dengan mereka yang mempengaruhi dengan bahasa tipu daya bila mereka cetuskan fahaman mereka: "Kami adalah bangsa maju sebab sistem kami..jadi kamu wahai kaum muslimin harus terima sistem kami untuk maju"...begitulah yang dicanangkan oleh kapitalis terutama yahudi.

Bagaimana kita yang peka dan ingin menyelamatkan generasi masa depan Islam mengatasi masalah tersebut dari terus bertambah runcing? Jawapannya terdapat pada kata-kata Sayiddina Ali kmwajhah : "Didiklah anak-anak untuk keperluan zamannya". Pepatah Arab pula ada menyebut:"Kualiti sesuatu bangsa itu masih kekal kualitinya selagi akhlaknya dipertahankan, jika akhlak tidak dipertahankan, bangsa itu akan runtuh".

Anak-anak telitilah peringatan di atas itu dan bila berlaku pertembungan di jiwa ingatlah kaedah feqah ini: "Apabila ada keburukan dan ada kebaikan, kalau kebaikan itu sedikit, buruk itu lebih banyak, maka kita perlu menolak program yang mana keburukan mengatasi kebaikan".

Semoga anak-anak semua diizinkan oleh Allah SWT untuk memahami apa yang ummimq sampaikan kerana sebagai manusia biasa kita hanya berusaha, berjaya atau tidak bukan urusan kita yang dhaif ini. Salam iman dan ukhwah dari ummimq semoga kita terus diberi taufik dan hidayah-Nya. Ameen ya Rabbal Alameen.
Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ummi fid deen
Ummimq
28 J'Akhir 1424H / 26 Ogos 2003M

Nama-nama yang soleh dan solehah

1.Fayyadh - orang yang mulia
2.Muzaffar- yang dapat memenuhi keperluan sendiri
3.Nasrullah- pembela di jalan Allah

1.Mufidah - yang berfaedah
2.Suhaimah - keuntungan
3.Widad - cinta, kasih sayang

 

  Umum


Komen


"Ya Allah ....lindungilah anak-anakku" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.220608 saat. Lajunya....