Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Manusia lahir ke dunia disambut dgn azan, manusia meninggalkan dunia diiringi solat, Alangkah singkatnya hidup ini hanya diantara azan dan solat.
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 40
Ahli: 0
Jumlah: 40




  Dari Galeri
a'kum..w.b.t
salam ukhwah..
same2 meriahkan 
web ni..:)
ilalliqa'.wsslm..

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu

BATU & FALSAFAH
 Posted on Rabu, 15 Oktober 2003 @ 17:50:19oleh darul_numan81
Umum Kakyong menulis Batu mempunyai seribu satu macam cerita. Kata pendeknya, batu adalah elemen atau unsur yang sangat biasa dan boleh dilihat bersepah sekeliling kita. Tetapi pernahkah kita bertanya satu soalan yang mungkin bodoh; Kenapa batu diciptakan oleh Allah SWT?

Tahukah kita disebalik kekerasan batu terdapat falsafah perlu diberi perhatian. Zaman batu, jambu batu, kepala batu, jerawat batu sehinggalah ke Batu Caves; masing-masing mempunya pengertian tersendiri.

LESUNG BATU

Sejarah tamadun Melayu banyak berkisar dengan lesung batu. Adalah dipercayai lesung batu adalah alat yang tercanggih dicipta ketika itu (mungkin zaman batu) Masyarakat Melayu Lama akan membawa lesung batu ke mana sahaja mereka pergi, walaupun ke Mekah ketika menunaikan fardu haji. Lesung batu memang mempunyai pengaruh besar dalam penghidupan harian dan tradisi mereka. Masyarakat Melayu memanglah dikenali dengan peribahasa atau kata bidalannya

Pelbagai kata bidalan telah tercipta dibawah bunyi hentakan antan ketika mereka sedang leka menumbuk masakan tengahari. Masa berlalu tidak dibiarkan percuma. Ketajaman dan kepekaan kepada alam sekeliling merangsangkan minda mereka lalu terhasillah ungkapan-ungkapan yang penuh berkarisma Antaranya baling batu sembunyi tangan, batu loncatan, kepala batu, untung batu tenggelam untung sabut timbul. Orang tua kita dulu memang kreatif belaka dan suka menajamkan fikiran mereka. Tidak seperti zaman moden kita sekarang; yang menggunakan blander mengisar, malah sehingga kini belum ada satu pun peribahasa yang berjaya tercipta.

Falsafah lesung batu; di mana 2 unsur asing, berbeza latar belakang bersua dan mesra di lesung batu. Cili hasil tanaman darat bertemu dengan garam perasa galian dari lautan. Pertembungan tanpa mengira 'budayanya' dan hasilnya tidak lagi terpanggil cili atau garam tetapi sambal. Kesepakatan dan kerjasama, bertolak ansur dan ditambah pula kepakaran tukang masak akhirnya menghasilkan sambal yang mengliurkan. Begitulah hidup bermufakat dan sering berkerjasama tanpa mengira latar belakang yang berbeza akan memupuk perpaduan dan budaya hidup aman sentosa.


HATI BATU

Tahukah kita bahawa batu yang paling keras di dunia ini adalah hati batu Sekeras keras lesung batu pun boleh pecah kalau ditumbuk hari-hari. Tetapi tidak bagi mereka yang berhati batu. Keengkaran atau kedegilan mereka sering mengkaburi mata mereka untuk melihat kebenaran walaupun pada hakikatnya mereka tahu perkara itu memang benar. Akibatnya mereka BUTA HATI dan pegangan hidup mereka bercelaru.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud :

Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging, bila baik ia necaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia necaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitu kalbu (hati).
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Hati dalam diri manusia laksana raja memerintah segala anggota-anggota lahirnya seperti kaki, tangan, mata dan seumpamanya. Dan hatilah juga bersifat keakuan - aku ini. Aku itu. Aku punya... Apabila hati berkata sesuatu itu karut maka segala genap anggota badan pun menjurus ikut ke arah itu, dan akhirnya solat ditinggal, aurat di ambil mudah, puasa tidak perlu. Jika sekiranya HATI dibiarkan berkawan dengan NAFSU, maka hati akan mulai keras membeku kemudian bertukar menjadi hati batu. Bila mana hati sudah menjadi batu ia sudah tidak mampu melihat.... maka jadilah ia BUTA HATI.

Untuk mengubati penyakit-penyakit hati ini, nafsu perlulah dikawal supaya hati itu sering berdampingan dengan AKAL. Langkah pertama untuk mengawal nafsu ialah dengan cara berpuasa. Apabila kita berpuasa, pengaruh nafsu ke atas hati mulai berkurangan. Pada ketika yang sama ia akan membuka jalan turunnya hidayah dari Allah(insyallah!) kepada kita (akal) melihat kebesaranNYA. Apabila kita diliputi oleh hidayah dari Allah SWT maka hidup kita akan menjuruskan ke arah sunnah dan Al-Quran Tetapi andainya kita terus juga tidak mahu berpuasa, hati kita akan terus menbeku sekeras batu, lalu buta hati dan ditakuti pula akan menerima nasib malang seperti si Tanggang disumpah menjadi batu

 

  Umum


Komen


"BATU & FALSAFAH" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.127409 saat. Lajunya....